Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Thursday, January 3, 2013

Penaku menari-nari lagi...entah apa yang bakal ku coretkan di hamparan kertas biru ini.....aku  juga tidak pasti. perlukah aku menyusun setiap apa yang bakal dan akan aku hamburkan....ahh...itu hak aku tak perlu minta atau meminta-minta pendapat atau pandangan orang lain...siapa mereka dalam hidup aku....siapa mereka untuk mengarah aku....

Perjalanan hidup yang aku tak akan tahu kesudahannya...samada baik atau buruk..hanya yang di atas yang menentukannya..perjalanan masih jauh dan panjang...sukar untuk aku meramal dan merancang...takut tak tercapai, jatuh rebah menunduk bumi...

terlalu perit rasa hati, lebih perit dari peria yang sudah sedia pahit untuk ditelan..suatu suratan yang perlu aku terima..suatu ketentuan yang perlu aku redhakan...tp hati masih angkuh untuk mengiakan apa yang berlaku....ego sungguh kamu wahai hati!.....awas jangan sampai  memakan diri..

Sungguh otak dan hatiku tidak bersatu..entah kenapa aku juga tidak tahu....mungkin hanya confius teruk melanda diri.....bertubi-tubi soalan sama menikam jiwa...sungguh aku tiada jawapan untuk pertanyaan itu...sungguh aku tiada alasan untuk menafikan pertanyaan itu.

suatu persoalan yang akan terus menjadi persoalan sehingga tiba waktunya ia dileraikan..atau mungkin tak akan dileraikan...kusut, serabut, dan sengakatan dengannya.

Bagi mereka senang di mulut untuk menuturkannya...realitinya tak semudah itu untuk dicipta dan tercipta. kata orang semua tu kena usaha...tp kata aku kalau dicari tapi semuanya tak rasi, kalau semuanya merosakkan jiwa, kalau semuanya buat hati dan hidup terluka dan merana ....jadi untuk apa dicari bahana itu. Bukan menolak hukum alam....tp entah la masing-masing memberi alasan dan bangkangan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian..jadi tak perlu salahkan sesiapa dalam soal ini.


tepuk dada tanya hati...apa ada dalam hati kamu semua... :)


-AN-

 


Tuesday, January 10, 2012

1...2...3.....

hurm....

hari ni penuh dengan kebosanan, semua orang takde outstation. rasanya aku kne lepaskan tekanan ni....rasa macam jeles je ngan orang2 lain yang senang je dapat kerja nak2 lagi job gov. muda2 lagi dah dapat....apa lah kelebihan mereka ekh..x layakkah aku ni..bila apply asik x dapat je..sedih gak kadang2 mengenang nasib ni,,,bukan tak kerja..alhamdulillah dah kerja...tp x salah nak yang lebih baik kan..

tu la nasib yang di tentukan oleh ALLAH S.W.T, kita kena belajar menerima dan redha dengan ketentuannya..tp tu la manusia mana pernah puas dengan apa yg dia ada..sentiasa tamak ader je yang dia nak kan?.

sekarang pon aku rasa x selsesa la kerja kat sini, tak tau nape, mybe sebab aku takut kehilangan. aku x berani nak harungi hidup ni sendiri, tak tau kenapa, aku dah tak seberani dulu, terlalu banyak benda yang aku kene pikir sekarang. setiap gerak dan tindakan aku kena tapis dulu tak boleh main redah je..

suatu hari, aku memandang ayah ku, aku lihat dia berjalan terhinjut2, sedih aku melihatnya dalam hati aku berkata" oh..ayahku sudah tua...pantasnya masa berlalu, rasanya baru semalam aku dalam timangan ayahku"...

masa ni cepat sangat berlalu klu leka..mmg boleh terlepas semuanya.


ada sesuatu dalam diriku yang aku tak boleh lepaskan..

Aleesya Nuralis

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year...semoga 2012 lebih membawa barakah kepada anda semua :)

Salam tahun baru kepada anda semua :)

best kan dah tahun baru ni, macam azam yang tercipta...heheheh. Samada tercapai atau tidak, terserah la pada pertimbangan anda...maklumlah kan azam korang so korang la tentukan samada ia tertunai atau tidak kan....

Azam tahun baru saya ada 3.....banyakkan?...heheheh :

1. mantapkan kerjaya yang ada sekarang..insyallh klu boleh nak dapatkan certificate MIA dlm 3
thun ni (doa2kan ye)

2. kumpul duit nak beli kereta....hehehe (target: 1.5-2 thun ni...maklumlah bru berkerjaya)

3. kumpul duit nak beli DSLR (sbb aku sangat fanatic ngan kamera)


Inysallah harap2 impian aku tercapai dlm tempoh yang di tetapkan ...Amin...hehehehhe

-Aleesya Nuralis-

Wednesday, December 28, 2011

Ragam manusia......

Sudah tertulis manusia dijadikan dalam pelbagai bentuk, rupa, fiil serta perangai yang berbeza-beza. Faktor yang harus di ambil kira dalam pembentukan peribadi dan sikap seseorag itu banyak di pengaruhi oleh persekitaran dan budaya setempat..contohnya dari segi aspek tempat kerja, jiran2, pergaulan seharian, serta peristiwa luar jangka seperti kematian, trauma, perhubungan dan sebagainya.

Selain itu juga faktor didikan dari ibu bapa turut menjadi antara pendorong utama dalam membentuk perubahan sikap dan kelakuan seseorang manusia. sebagai contoh; sekiranya seorang anak tersebut sedari kecil lagi telah di didik dengan cara yang kasar dan keras, maka tidak mustahil si anak itu pabila besar akan mempamirkan perwatakan yang bersifat pemarah dan kasar.Cara didikan seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak, sepatutnya, bermula dari zaman kanak-kanak, ank kecil ini harus diterapkan dengan nilai2 murni serta sentiasa didedahkan dengan persekitaran yang condusif supaya anak kecil ini membesar dalam keadaan yang selesa, selamat dan beremosi stabil.

Sedarkah anda bahawa kadang kala tindakan kita seharian boleh memberi kesan besar kepada orang sekeliling kita tidak kira samada impaknya besar atau tidak, negatif atau tidak. Bagi yang bekerja dalam bidang yang melibatkan komunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat tak kira samada golongan profesional atau orang awam, sikap sabar amat diperlukan dalam berurusan dengan golongan ini. kadang-kadang mereka hanya berlagak dan bersikap merekalah yang berkuasa menentukan segalanya dan kita perlu patuh kepada kehendak mereka. saper tidak sakit hari bila diperlakukan sebegitu, seperti tiada harga diri. Bagus sangatkan mereka tu? hebat sangatkan mereka tu? ternama sangatkah mereka tu? sampaikan sanggup menjatuhkan air muka orang lain....klu terjadi kepada diri sendiri bagaimana? mampukan mereka berdepan dengannya? kemudian bila x mampu menahan dihamburkan kepada orang lain...adilkah itu?

manusia zaman sekarang semakin pentingkan diri sendiri, gila harta, pangkat dan kedudukan. Tak kisah menindas orang bawahan mereka janji mereka dapat apa yang mereka mahukan.hanya mahu keinginan mereka saja dipenuhi tp x beri kerjasama yang baik..jd bagaimana mahu wujudkan perhubungan yang sihat.

Jadi cara penyelesaiannya adalah terpulang kepada diri sendiri kerana hanya anda sendiri yang memahami diri anda dan apa sikap dan tingkahlaku anda yang patut di perbaiki dan perlu penambahbaikan segera bagi merangsang pembentukan sikap dan perwatakan yang positif..


P/s: ini hanya cetusan idea sahaja, nak terima atau x terpulang :()


Aleesya Nuralis