Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Wednesday, December 28, 2011

Ragam manusia......

Sudah tertulis manusia dijadikan dalam pelbagai bentuk, rupa, fiil serta perangai yang berbeza-beza. Faktor yang harus di ambil kira dalam pembentukan peribadi dan sikap seseorag itu banyak di pengaruhi oleh persekitaran dan budaya setempat..contohnya dari segi aspek tempat kerja, jiran2, pergaulan seharian, serta peristiwa luar jangka seperti kematian, trauma, perhubungan dan sebagainya.

Selain itu juga faktor didikan dari ibu bapa turut menjadi antara pendorong utama dalam membentuk perubahan sikap dan kelakuan seseorang manusia. sebagai contoh; sekiranya seorang anak tersebut sedari kecil lagi telah di didik dengan cara yang kasar dan keras, maka tidak mustahil si anak itu pabila besar akan mempamirkan perwatakan yang bersifat pemarah dan kasar.Cara didikan seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak, sepatutnya, bermula dari zaman kanak-kanak, ank kecil ini harus diterapkan dengan nilai2 murni serta sentiasa didedahkan dengan persekitaran yang condusif supaya anak kecil ini membesar dalam keadaan yang selesa, selamat dan beremosi stabil.

Sedarkah anda bahawa kadang kala tindakan kita seharian boleh memberi kesan besar kepada orang sekeliling kita tidak kira samada impaknya besar atau tidak, negatif atau tidak. Bagi yang bekerja dalam bidang yang melibatkan komunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat tak kira samada golongan profesional atau orang awam, sikap sabar amat diperlukan dalam berurusan dengan golongan ini. kadang-kadang mereka hanya berlagak dan bersikap merekalah yang berkuasa menentukan segalanya dan kita perlu patuh kepada kehendak mereka. saper tidak sakit hari bila diperlakukan sebegitu, seperti tiada harga diri. Bagus sangatkan mereka tu? hebat sangatkan mereka tu? ternama sangatkah mereka tu? sampaikan sanggup menjatuhkan air muka orang lain....klu terjadi kepada diri sendiri bagaimana? mampukan mereka berdepan dengannya? kemudian bila x mampu menahan dihamburkan kepada orang lain...adilkah itu?

manusia zaman sekarang semakin pentingkan diri sendiri, gila harta, pangkat dan kedudukan. Tak kisah menindas orang bawahan mereka janji mereka dapat apa yang mereka mahukan.hanya mahu keinginan mereka saja dipenuhi tp x beri kerjasama yang baik..jd bagaimana mahu wujudkan perhubungan yang sihat.

Jadi cara penyelesaiannya adalah terpulang kepada diri sendiri kerana hanya anda sendiri yang memahami diri anda dan apa sikap dan tingkahlaku anda yang patut di perbaiki dan perlu penambahbaikan segera bagi merangsang pembentukan sikap dan perwatakan yang positif..


P/s: ini hanya cetusan idea sahaja, nak terima atau x terpulang :()


Aleesya Nuralis







Tuesday, December 20, 2011

Akhirnya......

Akhirnya....

tak sangka ini kerjaya yg aku pilih.....rasanya bagi org macam aku ni yang penuh dengan aura kesenian (hehehehhe) ni rasanya x brape layak nak pilih kerjaya yang berat cam ni....tp apakan daya seberat mana pon bebanan tugas kena la aku pikul juga.....


mmg mula2 dulu lepas grad mmg plan nak lari dri bidang ni...tp peluang dan ruang dlm bidang yg aku nak sangat tinggalkan ni....terbuka luas di depan mata....ahahahahah


klakar kan? the thing yg mmg kita nak elakkan tu la yang makin dekat dengan kita...mungkin dah rezeki dari Allah S.W.T. Insyallah rezeki yg datang ni harap2 berkekalan...dan di lipat gandakan lagi. Amin......

Bermulalah pengembaraan aku ditempat baru....lebih mengenal dan memahami perilaku dan tingkahlaku manusia....serta banyak mengajar diri aku untuk berdikari dan tak bergantung kepada sesiapa.

semua dapat aku rasa....belajar untuk berhati2 dah tidak percaya manusia bulat2....belakang kata lain depan kata lain....kadang2 terasa juga tp sabarkan aje....dah lumrah hidup manusia...

bak kata mak aku:

"biar orang buat kita....jangan kita buat orang"...

klu ikutkan aku xde maknanya........klu camtu selamanya kita akan tertindas...adoi...tp kne redha la kan yang penting kita kne pandai meletakkan diri kita di tempat yang betul. jangan sampai perkara macam tu terjadi.....

klu jd gak cuba cari penyelesaian yg paling adfal dan x membabitkan sesiapa... " ibarat tarik rambut dlm tepung, tepung x selerak, rambut x putus". hehehhehe













With love,


Alessya Nuralis

Wednesday, November 30, 2011

........Love is Blind.........



Kadang kadang dalam hidup ni, bukan semua yang kita mahukan akan kita perolehi. Siapalah kita, hanya insan yang lemah dan tidak berdaya melawan ketentuan Illahi. Banyak yang perlu diharungi untuk membentuk kekuatan diri.

************************************
siapa kata cinta itu buta...cinta akan menjadi buta jika kita tidak pandai memeliharanya. cinta akan senentiasa indah dan menyerikan hidup jika kita tau apa makna cinta yang sebenar.

tertarik dengan dialog dalam Filem Syurga Cinta:



Cinta terbahagi kepada tiga iaitu

1. Cinta dari Syaitan
2. Cinta dari Jin
3. Cinta dari Allah S.W.T

Rasanya bagi sesiapa yang pernah menonton filem ini, pasti masih ingat takrifan bagi ketiga2 jenis cinta ni . Antara ketiga2 ini rasanya anda sudah boleh meneka dari segi logik akalnya jenis cinta yang manakah yang sentiasa di mahukan oleh setiap insan. Seboleh-bolehnya hindarikah jenis cinta pertama dan kedua kerana ianya lebih banyak mendatangkan keburukan malah mendatangkan kemurkaan oleh Allah S.W.T.

cinta yang indah akan datang sendiri bila tiba masanya namun andai tatkala di timpa musibah..redhakan la ia dan sentiasa ingat bahawa tiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan cinta itu akan jd lebih indah jika mendapat keredhaan dri Allah dan restu dari keluarga.



Sunday, September 11, 2011

By Aleesya Nuralis: Violet Cinta hatiku...1

Pagi yang hening.....malas giler nak pi kerja kalau mc ari ni boleh x? bisik khumairah dalam hati. Jam di dinding lantas di pandang, mak ai..dah pukul 8.00 pagi..."adoi matilah la aku...merah lagi la punch card aku bulan ni...sure En. Adam kasi brain wash baik punya kat aku.." ujar khumairah sambil bergegas ke bilik mandi membersihkan diri.


"tepi! tepi!...... ala time ni la plak liff nak penuh, confirm kne basuh ngan En. Adam ari ni....hukhukhuk..padan ngan muka aku" ujar Khumairah dalam keadaan tergesa-gesa. inilah akibatnya xnak dengar cakap kak nisa semalam, seronok sangat melayan CD yg baru, mana tidaknya dah la cerita tu mmg susah nak dapat..."The Cave of The Golden Rose" ala heroin crite tu nama dia Fantaghiro...cantik oooo...cerita tu tayang time aku sekolah menengah dulu x silap tingkatan 1 rasanya...so dah dapat ni, kira lepas gian la nak tengok, sedar x sedar pukul 3 pagi baru tido...tu pon susah bebenor mata ni nak lelap.


"ouch...baju aku! " teriak khumairah. ala habis baju aku, hangsuang betol la mamat ni..dah la baju ni baru je aku beli semalam..hancus sudah. weh dia main blah camtu je.. nak kena mamat ni.. " hello bro..dah buat salah main blah camtu je nampak?"jerit Khumairah kepada azhan iskandar. lelaki berbadan tegap yang baru melintas Khumairah tadi berpaling sambil merenung tajam kearah khumairah. setapak demi setapak lelaki tersebut mengatur langkah menuju kepada Khumairah yang berwajah merah padam kerana menahan marah akibat perbuatan lelaki tersebut.Macam biasa tengok je adegan ni kan...tp inilah yang benar-benar terjadi kat aku pagi ni.


" urm...sorry ye saya x sengaja, lagi pon awak salah juga, x kasi signal bila nak melintas.." ujar azhan iskandar.wei dia boleh buat lawak plak kan time-time cam ni, dia ingat ni kat tgh2 jalan raya ke nak pakai2 signal. "agak2 la ckit klu nak cakap tu kan...ingat kita ni kereta ke? nak main signal2 plak. "rengus Khumairah dalam hati. " so..macam mana sekarang?" soal khumairah. "what do you mean by 'macam mana sekarang' cik adik kecik? " ujar azhan iskandar. dia panggil aku kecik? heheeh tp mmg aku ni tergolong dalam golongan yang kecik2 dan comel, no wonder la klu ader yang ingat aku budak sekolah lg walhal dah nak masuk 25 thun dah umur aku ni.


" ye la awk dah rosakkan baju saya tau? kot ye pon x nak kasi ganti rugi at least mintak maaf la kan." balas Khumairah. " cik adik kecik...cuba u tgk baju u tu, ala bukan kotor banyak pon, u pi toilet bersihkan sikit than hilangkan kesan tu..kira settle la kes ni boleh x lagipun i dah lambat ni.." ujar azhan iskandar seperti acuh tak acuh menyelesiakan masalah itu.


dia ingat senang agaknya nak hilangkan kesan tumpahan air kopinya tu dekat blaus putih kesayangan aku ni...baru beli tu! melayang RM80 aku. wargh!!!! x rela..x rela. " abis awak ingat awak je yang lambat 0rg lain x la" balas khumairah. marah betul Khumairah dengan jawapan yang di berikan oleh lelaki tersebut.


"ok lah cik adik kecik....if u really nak i bayar ganti rugi...nanti u datang ofc i...tingkat 25 bgunan ni gak!" jerit azhan iskandar sambil berlari mendapatkan liff yang baru terbuka. " nama u sapa?" jerit Khumairah bertanyakan nama lelaki tersebut. siut je mamat ni suruh org claim ngan dia tp tak cakap nama siapa...hbis aku nak jumpa siapa nanti...mau gila aku pergi cari dia kat tingkat 25 tu dia ingat ada satu je office agaknya. nak buat macam mana dah tertulis hari ni hari yang malang untuk aku, nak tak nak redha kan je la sambil melangkah dengan perlahan menuju ke pintu liff yang baru sahaja terbuka.