
Kadang kadang dalam hidup ni, bukan semua yang kita mahukan akan kita perolehi. Siapalah kita, hanya insan yang lemah dan tidak berdaya melawan ketentuan Illahi. Banyak yang perlu diharungi untuk membentuk kekuatan diri.
************************************
siapa kata cinta itu buta...cinta akan menjadi buta jika kita tidak pandai memeliharanya. cinta akan senentiasa indah dan menyerikan hidup jika kita tau apa makna cinta yang sebenar.
tertarik dengan dialog dalam Filem Syurga Cinta:
Cinta terbahagi kepada tiga iaitu
1. Cinta dari Syaitan
2. Cinta dari Jin
3. Cinta dari Allah S.W.T
Rasanya bagi sesiapa yang pernah menonton filem ini, pasti masih ingat takrifan bagi ketiga2 jenis cinta ni . Antara ketiga2 ini rasanya anda sudah boleh meneka dari segi logik akalnya jenis cinta yang manakah yang sentiasa di mahukan oleh setiap insan. Seboleh-bolehnya hindarikah jenis cinta pertama dan kedua kerana ianya lebih banyak mendatangkan keburukan malah mendatangkan kemurkaan oleh Allah S.W.T.
cinta yang indah akan datang sendiri bila tiba masanya namun andai tatkala di timpa musibah..redhakan la ia dan sentiasa ingat bahawa tiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan cinta itu akan jd lebih indah jika mendapat keredhaan dri Allah dan restu dari keluarga.




0 comments:
Post a Comment